
WAKAF AL-QURAN KHAS MAAHAD TAHFIZ DI TERENGGANU
Firman Allah SWT:
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dan salah.” (Surah Al-Baqarah ; 185)
Sempena Nuzul Quran, rebut peluang menabur pahala yang berkekalan melalui Wakaf Al-Quran Khas Maahad Tahfiz di Terengganu dengan kerjasama Huffaz Group.
- SASARAN SEBANYAK 1,000 NASKAH AL-QURAN
Setiap helaian yang dibaca, dihafal, dan diamalkan oleh para pelajar tahfiz menjadi pelaburan akhirat yang mengalir pahalanya selagi ayat-ayat suci ini dibaca.
Semoga ia menjadi asbab kita juga peroleh syafaat daripada Al-Quran tersebut ketika di Akhirat kelak.