
SAYYIDINA MUHAMMAD KAMI DATANG EDISI KE-4
KHAS BULAN RAMADAN DI TANAH SUCI
Alhamdulillah, program penuh keberkatan SAYYIDINA MUHAMMAD ﷺ KAMI DATANG kembali lagi! Untuk MKD Edisi Ke 4, ianya lebih istimewa kerana kita bersama-sama menelusuri kotaMekah dan Madinah dalam suasana Ramadan yang penuh rahmat.
Kami menyediakan beberapa program khas untuk anda bersama meninggalkan kebaikan di bumi Mekah dan Madinah, iaitu:
Tahlil & Hajat di Mekah dan Madinah
Waqaf Al-Quran
Infaq Sabil (Sahur dan Berbuka Puasa)
Inilah peluang untuk melakar pahala berpanjangan di Tanah Suci ini. Setiap infaq, setiap doa, menjadi saksi cinta kita kepada Baginda SAW dan asbab meraih Syurga yang diimpikan.
Jom, bersama kita hayati Ramadan yang bermakna!
Ya Rasulullah SAW, kami datang bersama cinta, rindu, dan sunnah yang kami laksanakan.