
INFAQ PEMASANGAN PANEL SOLAR UNTUK PUSAT TAHFIZ IBNU RAZAK & MAAHAD TAHFIZ AS-SALIHIN
Di tengah-tengah cabaran ekonomi, ada sinar harapan yang perlu kita jaga. Pusat Tahfiz Ibnu Razak dan Maahad Tahfiz Al-Salihin kini berdepan cabaran kekurangan sumber tenaga yang stabil, mengganggu proses pengajian dan kehidupan harian anak-anak tahfiz. Tanpa bekalan elektrik yang mencukupi, fokus mereka terganggu dan potensi mereka terbatas.
R niM52,500 DIPERLUKAN UNTUK PEMASANGAN PANEL SOLAR
Pemasangan sistem panel solar ini bagi memberi mereka bekalan tenaga yang berterusan, sekaligus mengurangkan beban kos bulanan. Dengan sokongan anda, kita bantu mereka belajar dan beribadah tanpa halangan.
Jom sinari impian anak-anak kesayangan Rasulullah SAW dengan kediaman pendidikan yang selesa. Yakinlah, RM1 dari anda tentunya ada pahala yang mengalir sentiasa diiringi doa daripada anak anak soleh ini.
Semoga Allah meletakkan insan hebat seperti anda bersama para KekasihNya di dalam Syurga kelak.