
INFAQ JUMAAT: MENYEMAI KEBERKATAN NISFU SYAABAN
Jumaat penuh barakah bertemu dengan Nisfu Syaaban yang mustajab doa. Inilah peluang terbaik untuk kita percantikkan buku amalan dengan membantu pembangunan asrama anak yatim dan asnaf demi generasi Al-Quran yang membawa cahaya ummah.
Andai ini hari terakhir kita, biarlah ianya dalam keadaan kita dipandang dengan kasih sayang oleh Allah pada Nisfu Syaaban kerana asbab kasih sayang yang dikongsi bersama anak-anak Syurga ini.
Jom, sebarkan seluasnya perjuangan kita pada Nisfu Syaaban ini! Rebut pahala berganda, doa mustajab, dan saham akhirat yang tak terputus.