
INFAQ JUMAAT: 1 INFAQ 3 KEBAIKAN
Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Barang siapa yang bersedekah pada hari Jumaat, maka baginya pahala seperti bersedekah sepanjang tahun.” (HR Ibnu Khuzaimah)
Hari ini adalah hari Jumaat, hari yang lebih dimana Allah memberi keistimewaan di dalam nya buat hamba yang beribadah.
Jom kita hargai peluang bertemu hari jumaat ini dengan gandakan pahala untuk 3 misi:
1️⃣ Pembelian tanah untuk pembinaan masjid
2️⃣ Pembangunan asrama untuk anak-anak tahfiz di Pusat Pengajian Ibnu Razak
3️⃣ Pemasangan panel solar di dua pusat tahfiz: Ibnu Razak & As-Solihin
Sedekah kita bukan soal besar atau kecil jumlahnya, tapi sebesar mana IKHLAS yang kita tanam dalam jiwa.
Moga setiap ringgit yang mengalir membawa sinar buat para huffaz, dan kembali kepada kita dalam bentuk rezeki yang berkat, urusan yang dipermudah, serta kesihatan yang berpanjangan.