INFAQ KEMBARA SYAHADAH -BANTUAN KHAS PARA DAIE
Bayangkan para daie kita berjuang menebar cahaya Islam di pedalaman, menghadapi cabaran besar untuk menyebarkan dakwah. Tanpa bot, mereka sukar menembusi sungai dan kampung terpencil. Tanpa sound system, suara dakwah mereka sukar sampai ke hati pendengar yang dahagakan ilmu.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. - (Surah Al-Imran: 104)
Dunia ini umpama ladang untuk akhirat. Andai benih yang ditanam adalah amal soleh dan sedekah, nescaya ladang itu akan berbuah manis pada hari kemudian.