MISI BANTUAN KEMANUSIAAN ACEH, INDONESIA
Di saat kita masih mampu menarik nafas dengan tenang, ada saudara kita di Aceh yang berjuang untuk hidup kerana kehilangan tempat tinggal, bekalan asas dan harapan. Mereka tidak meminta kemewahan, cukup sekadar bantuan untuk terus bertahan hari ini.
Percayalah kerana RM1 yang kita hulurkan doanya tidak berhenti, kasih sayang yang sampai merentas sempadan. Mungkin kecil di mata kita, tetapi sangat besar ertinya bagi mereka yang sedang diuji tanpa pilihan.
Ayuh, jangan biarkan jeritan ini berlalu tanpa jawapan. Bersama kita ringankan beban, bersama kita hidupkan harapan. Infaq hari ini, jadi saksi kebaikan kita di sisi Allah.